Monday 27 January 2014

'Ang pau' RM150 bagi wargatua Cina 70-tahun ke atas



… sumbangan sama akan menyusul bagi wargatua Melayu, India menjelang perayaan masing-masing kelak.

MENGHULUR KEPADA YANG MEMERLUKAN... Disebalik sokongan meleset daripada masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke-13 pada Mei lepas (2013), majlis seumpama ini terus juga diadakan kerana rasa pertanggungjawaban yang tinggi serta sikap budimannya Kerajaan kita. 

Dan sebagaimana biasa, keramahan Menteri Besar masih terus menambat hati masyarakat Cina khususnya wargatua, sepertimana tergambar pada foto yang dirakamkan pada petang Isnin ini. 


DEWAN JUBLI PERAK SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN – Seramai 3,281 wargatua Cina berusia 70-tahun ke atas, masing-masing menerima sumbangan ‘ang pau’ RM150 dari Kerajaan Negeri, sempena Tahun Baharu Cina pada hujung bulan ini.

Mereka ialah dari kawasan-kawasan parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar, yang di bawahnya ialah dewan-dewan undangan negeri kawasan Tanjung Lumpur (98 penerima), Inderapura (38 penerima), Teruntum (1,116 penerima);

Semambu (1,188 penerima), Beserah (92 penerima); Sungai Lembing (275 penerima), Panching (161 penerima), dan, Lepar (292 penerima).

Yang turut menerima ialah 21 orang dari dewan undangan negeri kawasan Pulau Manis yang di bawah kawasan parlimen Pekan.   

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada petang Isnin, 27 Januari, di sini.

Yang turut hadir ialah ahli Exco Kerajaan Negeri, yang juga wakil rakyat (BN – Inderapura), Dato’ Shafik Fauzan Sharif; wakil rakyat (BN – Panching), Dato’ Mohd Zaili Besar; serta, Pegawai Daerah Kuantan, Dato’ Norhayad Ahmad.

KE-BER'SAHAJA'ANNYA... Diringi oleh Dato' Shafik Fauzan dan Dato' Norhayad; Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menyampaikan ucapan 19-minitnya penuh bersahaja, dalam lenggok bahasa yang mudah difahami oleh para penerima. 

Ada kalanya, begitulah mudah bahasanya itu seperti menyebut 'titon' atau tidur, belum sempat penterjemah (kanan sekali) menterjemahkannya, para penerima yang sudah sedia faham, lebih dahulu sama ada bertepuk tangan atau ketawa riang dengan apa yang diucapkan oleh Dato' Sri DiRaja Adnan.  


“… SEBAB KITA RAKYAT PAHANG”

Dalam ucapan luar teks 19-minitnya, Dato’ Sri DiRaja Adnan secara konsisten, masih menekankan tentang betapa Kerajaan Negeri tadbirannya, berusaha membantu rakyat tanpa mengira kaum, agama mahupun parti politik yang mereka dokong.

“Kita hendak tolong sikit-sebanyak, semua orang – Melayu ka, Cina ka, India ka, Benggali ka, Orang Asli ka… Tak kira Melayu ka, Islam ka, Buddha ka, Kristian ka, Hindu ka, tak dak ugama ka; kita tolong semua.

“Kita bantu bukan sebab politik. Orang undi Barisan (Nasional) ka, PKR ka, PAS ka; kita bantu. Undi DAPpun kita bantu. Sebab, kita rakyat Pahang,” katanya kepada para penerima yang memenuhi Dewan ini.

“Kita percaya sikit-sebanyak, bantuan ini boleh kita punya hati sikit suka,” katanya lagi dalam lenggok bahasa bagi mudah memahamkan mereka.

“Kalau mau kira parti, (kawasan parlimen) Kuantan PKR punya, (kawasan parlimen) Indera Mahkotapun PKR punya (yang dimeanngi pada Pilihanraya Umum ke-13 lepas). Kira-kira dalam Dewan ini, banyak undi PKR juga…

KHALAYAK PENERIMA YANG RAMAI... Semoga ramailah juga nanti yang berterima kasih, lalu kembali memberi sokongan padu kepada Kerajaan yang ada pimpinan BN Negeri. 
 

HIDUP BERBAIK-BAIK ANTARA PELBAGAI KAUM DAN AGAMA

“Tapi itu tak mustahak. Saya tuhan Allah kasi saya jadi Menteri Besar untuk tengok (menjagai kebajikan) semua orang (tanpa mengira latar kaum dan agama)…,” tegasnya.

Dato’ Sri DiRaja Adnan juga secara ‘istiqamah’ menekankan tentang pentingnya perpaduan yang terjalin erat antara pelbagai kaum dan agama di negeri dan negara ini, terus terpelihara.   

“Kita mahu ini negeri aman ka, kaya ka, senang ka; kita sendiri boleh pilih, kita sendiri yang tentukan,” katanya. “Kita kena ingat, di luar negara, satu bangsa, satu ugamapun gaduh.

“Tapi kita dari dulu lagi – sebelum merdeka, sudah merdeka, Malaysia – Melayu, Cina, India, Orang Asli, Benggali, Iban, Dayak, Kadazan; semua kaum, banyak ugama, kita mahu hidup baik-baik,” katanya disambut tepukan oleh para penerima.

“Kita mesti fikir kita punya anak, kita punya cucu… Kita sudah tua, bila-bila boleh mati. Orang Cina cakap, mati apa susah, ‘titon’ (tidur),” katanya bersenda, sederap itu dituruti ketawa para penerima – belum sempatpun penterjemah menterjemahkannya.

JANGAN ‘MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU’

Beliau seterusnya mengungkapkan peribahasa Melayu – ‘Menang jadi arang, kalah jadi abu’ bagi menekankan tentang kesan buruk yang bakal diperolehi jika pertelingkahan pula yang berlaku, yang akan merugikan semua pihak.  

“Tuan-tuan mesti fikir apa fasal MB cakap ini macam? Saya cakap ini macam sebab, lain negeri banyak gaduh-gaduh. Kita punya tempatpun ada orang cuba kasi kacau, kasi gaduh-gaduh, itu sebab kita takut.

“Kalau negeri tak dak aman, makanpun susah, keretapun tak boleh pakai, tengok wayang pun tak boleh, main mahjungpun tak boleh, (sambutan) Gong Xi Fa Chaipun tak boleh… Apapun, negeri mesti aman,” tegasnya lagi.

Mengenai sumbangan ‘ang pau’ hari ini katanya, ia diberi sementelah masyarakat Cina khususnya wargatua 70-tahun ke atas, akan menyambut Tahun Baharu Cina hanya beberapa hari sahaja lagi (pada 31 Januari).

Sumbangan RM150 seorang yang sama katanya, akan dilanjutkan bagi meliputi kaum-kaum lain seperti Melayu dan India, apabila menjelangnya sambutan perayaan mereka seperti Hari Raya Puasa dan Deepavali kelak. – Khabar