Saturday 8 March 2014

"Apa yang salah di alam nyata, juga salah di alam maya"


… ingatan terhadap pencebur media sosial khususnya yang asyik bertohmah berkaitan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370




Alamaya, INDERA MAHKOTA 5, KUANTAN“Apa yang salah di alam nyata, juga salah di alam maya,” demikian kata-kata Pengarah Kanan Komunikasi Strategik, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abdul Rahman dalam temubual menerusi telefeon secara ‘live’ dengan sebuah stesen televisyen swasta pagi Ahad, 9 Mac.

Dan penulis mohon ‘re-phrase’ kata-kata itu dengan sedikit tambahan; “… yang akan turut dipersoalkan di alam baqa”.

Ingatan sebegini tentu bertepatan sekali ekoran keghairahan beberapa pencebur media sosial yang tidak bertanggungjawab, sehingga sanggup menyiarkan kata-kata tohmahan berkaitan insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370, Kuala Lumpur-Beijing, sejak awal pagi Sabtu, 8 Mac.

Begitulah teruk tohmahan tersebut seolah-olah tiada pertimbangan yang bersandarkan naluri kemanusiaan yang normal dalam jiwa-raga mereka.

Sungguhpun begitu penulis percaya, mereka tidaklah ramai – segelintir cuma. Yang majoriti masih waras, lalu setia menantikan setiap laporan sahih tentang insiden yang dialami, melibatkan kira-kira 227 penumpang dan 12 anggota kru di atasnya.

Dan kita terus berdoa untuk mereka. 

'LOWWWW CLASSSS'... Ini antara kata-kata tohmah dan nista yang tersiar dalam alam maya kita. Meminjam dialog dalam filem Masam-masam Manis arahan P.Ramlee, kita boleh kata kepada pencebur media sosial sebegini - 'Lowwww Classss". – Khabar