Saturday 12 July 2014

A nation's sorrow is complete!!!

… kata pengulas siaran langsung perlawanan bagi merebut tempat ketiga, Kejohanan Bolasepak Piala Dunia FIFA 2014 Brazil menyaksikan pasukan tuanrumah sekali lagi tewas, kali ini kepada Belanda, 0-3.

MALANG LAGI BUAT JULIO CESAR… Inilah keadaannya penjaga gol Brazil, Julio Cesar apabila sekali lagi gagal mengawal gawangnya dengan kemas lalu terbolos menerusi sepakan penyerang Belanda berkulit hitam Georgio Wijnaldum (tidak kelihatan dalam foto).

Maka, dengan gol ketiga ini; sempurnalah sudah, kedukaan yang menyelubungi sebuah negara ‘samba’ pada awal pagi Ahad, 13 Julai di Stadium Kebangsaan Brasilia. – Khabar