Friday 9 January 2015

Cadangan pertempatan baharu untuk kawasan-kawasan dilanda banjir



… langkah jangka panjang tangani isu banjir di pertempatan sedia ada khususnya di Lipis dan Jerantut.

DALAM UCAPAN LUAR TEKS, SPONTAN DAN BERSAHAJANYA...  Dan Pahang ialah negeri pertama yang menyampaikan bantuan persekolahan sebegini kepada anak-anak negerinya. 
 

KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Kerajaan Negeri mencadangkan pertempatan-pertempatan baharu bebas-banjir, bagi menempatkan semula pertempatan-pertempatan yang sering terjejas banjir khususnya di Lipis dan Jerantut.

Ini merupakan antara langkah jangka panjang yang Kerajaan Negeri cadangkan, bagi menangani isu-isu berkaitan banjir secara menyeluruh atau ‘holistic’ di negeri ini.

Ke arah itu, Pejabat Daerah dan Tanah-Pejabat Daerah dan Tanah berkenaan telah diminta menyediakan laporan serta tapak-tapak tanah alternatif untuk dijadikan kawasan pertempatan baharu itu.

“Bila kita ada sahaja tempat, laporan sudah siap, kita akan serahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Dengan bantuan Kerajaan Persekutuan, mungkin kita boleh buat keputusan ini (untuk mendirikan penempatan-penempatan baharu berkenaan),” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob.

“We might go like (what the Government did in the) ‘70s (by setting up the Felda scheme that resettle the rakyat without land and proper income, into new settlements) when we try to identify areas where we can re-settle all these people,” he added.

MEMBERI KEPADA YANG MEMERLUKAN... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menyampaikan bantuan persekolahan ini.
 

SAVING COST IN THE LONG RUN

“All these things got to be looked into holistically. I have already mentioned to the Prime Minister and also the Deputy Prime Minister – about the drainage system, the flood mitigation efforts that would cost billions, billions, billions.

“But if you look at it, every year you (still) lose millions or even billions (of ringgit, so), why not we spend one bigsome at one go (and) try to have all these flood mitigation projects be carried out.

“Just one go, we spend so much money but in the end, in a way, we can save cost,” he added .

Dato’ Sri DiRaja Adnan berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan mengenainya, pada persidangan media Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada 1,700 pelajar sekolah yang terjejas banjir, dan, para pelajar dalam kalangan keluarga yang memerlukan bagi daerah Kuantan pada pagi Jumaat, 9 Januari, di sini.

Majlis ini ialah anjuran Yayasan Pahang (YP) yang mana Dato’ Sri DiRaja Adnan ialah juga Pengerusinya.

DALAM 'PC'NYA... Dengan Encik Mahmud di sebelah, Dato' Sri DiRaja Adnan sedang melayani soalan wartawan lalu menjawabnya. 
 

WANG TUNAI RM120 SEORANG PELAJAR

Setiap 1,700 pelajar ini menerima wang tunai RM120 seorang. Lagi kira-kira 1,300 pelajar juga bagi daerah Kuantan ini, dijangka menerimanya esok, begitu juga bagi kira-kira 15,000 pelajar lagi di serata daerah di negeri ini.

Keseluruhan program bantuan persekolahan ini melibatkan peruntukan kewangan kira-kira RM2.4 juta, memanfaat kira-kira 18,000 pelajar – sekolah rendad dan menengah, di kesemua daerah di negeri ini.

Kepada soalan wartawan tentang bilakah laporan yang diminta disediakan ini, dapat disiapkan untuk kemudian diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan kata Dato’ Sri DiRaja Adnan, “Yang itu cepat. Sebulanpun lambat.

“Sebenarnya, dua minggupun boleh selesai sebab, kita dah kenal pasti semua. Semua (Pejabat) Daerah (dan Tanah) dah tahu. Kita ambil map tu, dengan ‘contour map’nya sekali, selepas itu kita tentukan,” katanya.

Menteri Besar juga turut menyentuh tentang keutamaan kedua Kerajaan Negedri pimpinannya, dalam menghadapi tempoh pasca-banjir sekarang iaitu yang berkaitan dengan kerja-kerja pembersihan.

PELAJAR, DIIRINGI IBUBAPA MEREKA... Inilah sebahagian daripada kira-kira 3,000 orang termasuk 1,700 pelajar yang hadir pada pagi Jumaat ini. 
 

SUKARELAWAN PERLU LAPOR KE PKOB

Bagi mengelak kerja-kerja itu hanya tertumpu ke satu-satu kawasan tertentu katanya, Kerajaan Negeri meminta agar kerja-kerja tersebut di tumpukan ke kawasan-kawasan mana yang telah ditentukan.

“Sekarang kita tak hendak ramai orang datang, ramai ‘volunteer’ tapi dia pergi tempat yang sama.

“Jadi kiita telah bincang hari semalam supaya, mana-mana kumpulan yang ingin membantu membuat kerja-kerja pembersihan, mesti melaporkan di Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) atau polis di ibupejabat polis daerah, atau di mana-mana yang kita tentukan;

“Dan dari situ kita tentukan, kumpulan ini perg ke mari, kumpulan ini pergi ke mari. Bukannya, “Oh, kita mau pergi sini”. Bukan,” katanya.

Mengenai penjagaan kesihatan katanya, Jabatan Kesihatan telah dimnta mengambil perhatian agar tahap kesihatan mangsa-mangsa banjir dapat terpelihara serta mengelak daripada berlakunya penularan penyakit berkaitan banjir.

'MAIDEN SPEECH'NYA... Encik Mahmud sedang menyampaikan ucapan sulungnya selaku Pengurus Besar. Beliau sebenarnya bergelar Haji, menunaikan rukun Islam kelima itu pada musim haji yang lepas, tahun 2014. 
 

EN MAHMUD IALAH PENGURUS BESAR BAHARU

Yang turut hadir pada majlis pagi Jumaat ini, dengan kehadiran kira-kira 3,000 orang termasuk pelajar serta keluarga mereka ialah, Pengurus Besar YP yang baharu, yang turut diumumkan oleh Menteri Besar dalam ucapan luar teks 24-minitnya sebelum itu, Encik Mahmud Mohd Nawawi.

Encik Mahmud sebelum ini ialah Pengurus, Bahagian Pelaburan, YP, dinaikkan pangkat menggantikan Dato’ Saariah Saad. – Khabar