Monday 9 November 2015

Arahan banteras operator haram bauksit!


… bagi operator yang sah, akan dimestikan guna kaedah sesuai tangani pencemaran termasuk menerusi bio-kimia Adherex 120, yang kosnya – yang sedang diperincikan; mereka (operator) akan tanggung

“Kita kena buat ini. Kalau tidak, rakyat akan mengamuk, akan marah dengan kita. Ini salah satu tanggungjawab Kerajaan. Ini sebagai satu ikhtiar – 4, 5 kali dah saya jumpa dengan pelbagai kumpulan. Dah dua (2) kali dengan saintis berkenaan, Prof Mongi,” kata Menteri Besar.   

LAGI PERBINCANGAN DI TAPAK... Selain Dato' Sri DiRaja Adnan dan Prof Mongi (berbaju-T biru); yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Ahli MMK, Dato' Sri Shaharuddin Ab Moin (kiri, bertopi) dan Dato' Abdul Wahid Manap (kanan sekali) yang mewakili para operator bauksit.  


PINGGIR TAPAK PERLOMBONGAN BAUKSIT, KotaSAS, KUANTAN – Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri telah diarah meningkatkan lagi usaha bagi membanteras gejala operator bauksit haram;

Manakala bagi yang sah, mereka akan diwajibkan mengguna-pakai kaedah anti-pencemaran yang diasaskan oleh saintis dari Kanada – Prof Mongi Ferchichi, dengan kos yang sedang diperincikan, yang bakal ditanggung oleh pihak operator.

Inilah dua (2) keputusan utama yang telah disebut oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada persidangan media, selepas beliau bersama-sama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri;

serta wakil rakyat-wakil rakyat Parlimen dan Negeri dari kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, hadir pada demonstrasi penggunaan Adherex 120 pada tengah hari Isnin, 9 November di sini.

Bio-kimia Adherex 120 ialah sejenis agen kawalan debu yang terhasil daripada antaranya, campuran sisa-sisa udang karas (lobster), ketam dan udang (shrimp) – Adherex 120, keluaran KAM Biotechnology Ltd yang diasaskan oleh Prof Mongi. 

DEMONSTRASI ANTI-DEBU... Selepas siraman ke atas jalan ini, debu-debu yang berterbangan sebelumnya, sudah tiada lagi yang membuktikan keberkesanan kaedah bio-kimia Adherex 120 ini.  

Pun begitu, Kerajaan Negeri masih akan menunggu penyerahan kertas cadangan komprehensif yang akan disediakan oleh Prof Mongi, sebelum MMK Negeri membuat keputusan untuk melaksanakan atau tidak, mengenainya. Dalam kertas cadangan itu nanti - yang akan dilakukan 'breakdown, item by item', termasuklah tentang kos. 

Sehingga itu, tentulah tidak wajar untuk 'main agak-agak' mengenainya lalu terus 'jump the gun' mempertikaikan, sepertimana pihak pembangkang sudah terlalu lazim serta suka melakukannya! 


KOS LEBIH MURAH DARIPADA GUNA AIR

Cara kerjanya ialah, siraman Adherex 120 ke atas kawasan-kawasan berdebu akibat bauksit akan menyebabkan debu-debu halus yang mencemarkan, bertukar menjadi ketulan-ketulan lebih besar serta membentuk rangkaian panjang struktur ‘bio-polymer’ yang tidak lagi mencemarkan.  

Pada taklimat pertama Profesor kelahiran Tunisia itu pada Mesyuarat MMK Khas pagi Isnin, 19 November lepas, beliau ada menyebutkan betapa kos menggunakan Adherex 120 adalah lebih murah berbanding penggunaan air!

“Kita kena buat ini. Kalau tidak, rakyat akan mengamuk, akan marah dengan kita. Ini salah satu tanggungjawab Kerajaan. Ini sebagai satu ikhtiar – 4, 5 kali dah saya jumpa dengan pelbagai kumpulan. Dah dua (2) kali dengan saintis berkenaan, Dr Mongi.

“Kita berharap dengan kaedah ini nanti, kita dapat mengurangkan sikit-sebanyak, masalah pencemaran oleh bauksit ini,” tegas Dato’ Sri DiRaja Adnan pada persidangan media sama, tengah hari Isnin ini.

Dalam taklimatnya pada demostrasi ini, Prof Mongi antara lain turut menyebut betapa beliau akan menyerahkan kertas cadangan kepada Kerajaan Negeri tentang pelbagai perkara bagi menangani gejala diakibatkan oleh bauksit;

PERBINCANGAN SETERUSNYA BERPERSIDANGAN MEDIA... Antara yang turut kelihatan dalam  foto ini ialah Ahli-ahli MMK - Dato' Sri Ir Mohd Soffi Abdul Razak (selang dua ke kiri Dato' Sri DiRaja Adnan); Dato' Mohd Johari Hussain, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Dato' Syed Ibrahim Syed Ahmad, Dato' Norol Azali Sulaiman, dan, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri, Dato' Nazri Abu Bakar.


‘DO A BREAKDOWN, ITEM BY ITEM’

Yang termasuklah cara-cara bagi merawat semula air yang tercemar; pembersihan tayar dan badan lori-lori pengangkut bauksit; serta, penyemburan Adherex 120 ke atas tapak simpanan bagi mengelak pencemaran udara di kawasan-kawasan berkenaan.

Dan beliau memberi jaminan betapa menerusi kaedah yang diperkenalkannya nanti, mampu untuk misalnya, merawati air tercemar yang kualiti air dirawati kelak, akan mematuhi peraturan lebih ketat sepertimana ditetapkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.  

“Time is crucial. You must do this fast. And make sure (that) the costing (that you will also submit along with the proposal); do a breakdown, item by item,” Dato’ Sri DiRaja Adnan arahkan kepada Prof Mongi.

Beliau seterusnya menjawab positif kepada soalan seorang wartawan tentang sama ada beliau berpuas hati dengan demostrasi yang telah dilakukan tadi. “Demonstrasi tadi ialah untuk mengatasi debu.

“Selepas disiram tadi dah tak ada debu, puas hatilah… Kalau (selepas) di siram berdebu juga, baharu tak puas hati,” jawabnya.  

MELAMPAUI SEMPADAN POLITIK... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menerima satu dokumen yang disampaikan kepadanya oleh wakil rakyat Parlimen (PKR - Indera Mahkota) Dato' Fauzi Abdul Rahman sambil wakil rakyat Parlimen (PKR - Kuantan), Puan Fuziah Salleh (kiri sekali); dan, wakil rakyat Parlimen (BN - Paya Besar), Dato' Abdul Manan Ismail, memerhatikan. 


JANGAN SAMPAI KERAJAAN PUSAT BERTINDAK!

Menurutnya lagi, siraman Adherex 120 perlu dilakukan seminggu sekali tetapi dengan kadar kepekatan yang semakin rendah berbanding pada siraman pertama.

Dato’ Sri DiRaja Adnan seterusnya mengulangi saranan, menasihati operator-operator terlibat supaya akur kepada segala arahan dan peraturan yang telah Kerajaan Negeri ambil dan kuatkuasakan.

“Jika (masih) tidak mematuhi saya percaya, Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang wajar. Bila Kerajaan Persekutuan campur (tangan) dan mengambil tindakan yang wajar, ia akan beri kesan besar kepada semua orang termasuk operator-operator (dan) sebagainya,” tegasnya.

“Tujuan kita (dengan memperkenal dan menguatkuasakan segala peraturan) ialah untuk menjaga kepentingan semua – pengguna jalanraya, anak-anak sekolah, peniaga-peniaga dan sebagainya.

“Kita berharap, dengan sikit-sebanyak tindakan Kerajaan ini, akan dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh orangramai terutamanya,” katanya lagi.

Dalam pada itupun katanya, masih ada peneroka di sekitar Rancangan Tanah Felda Bukit Goh berdekatan, yang datang menemuinya meminta agar tanah-tanah mereka dibenarkan bagi kerja-kerja perlombongan bauksit. – Khabar