Thursday 3 December 2015

Gerakan untuk bersihkan sungai-sungai di Camerons



“Orangramai dan masyarakat itu sendiri mesti ada kesedaran, mesti ada etika. Sayapun susah hati betullah. Tengok, macam sungai-sungai yang saya lalu; dengan plastiknya, dengan sampah sarapnya, guni bajanya,” kata Menteri Besar.

TEKAN BUTAN TANDA PERASMIAN... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang melaksanakan 'gimmick' perasmian sambil yang lain memerhatikan. Antara yang kelihatan ialah Pengerusi, Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail; 

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Dr Tam Weng Wah; Ketua Pengarah, JPBD Semenanjung Malaysia, Datin Paduka Dr Dahlia Rosly; dan, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato' A.Rahman Hamzah.

HOTEL CENTURY PINES, TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS – Kerajaan Negeri akan menjalankan gerakan bagi membersihkan sungai-sungai di tanahtinggi ini melibatkan semua pihak terutama penduduknya, kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob.

Gerakan ini penting kerana menurutnya, selain sungai-sungai ini mengalir serta memberi kesan ke atas kawasan serta penduduk di sini, alirannya turut akhirnya memasuki Sungai Pahang di sebelah timur, yang melibatkan kawasan lebih luas serta penduduk lebih ramai.

“Kita akan ‘engage’ semua mereka yang terlibat untuk sama-sama bersihkan sungai. Sebab, baru-baru ini kita diberikan taklimat oleh NAHRIM bahawa lembangan sungai di Camerons ini, airnya mengalir sampai ke Sungai Pahang, ke Kuala Pahang di Pekan.
                                                     
“Ia tidak seperti dikatakan oleh sesetengah orang bahawa (air dari sungai-sungai di Cemerion Hinglands) itu, mengalir ke sebelah Kelantan, tidak. Ia (mengalir) ke sebelah (timur) Pahang,” katanya.

NAHRIM yang dimaksudkan ialah Institut Penyelidikan Haidraulik Kebangsaan Malaysia, yang di bawah Kementerian Sumber Ali dan Alam Sekitar (NRE), beribu pejabat di Sri Kembangan, Selangor.

INILAH DERAFNYA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang membelek-belek (flipping through), kandungan dalam Deraf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands ini. 

Yang turut kelihatan di belakang ialah Ketua Hakim Syarie' Negeri, Dato' Abdul Rahman Yunus (bersongkok).   
 

PENDUDUK MESTI ADA KESEDARAN

Dato’ Sri DiRaja Adnan berkata demikian pada persidangan media sempena perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Penggantian) pagi Khamis, 3 Disember, di sini.

“Kita kena berbalik kepada asas,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi. “Orangramai dan masyarakat itu sendiri mesti ada kesedaran, mesti ada etika. Sayapun susah hati betullah. Tengok, macam sungai-sungai yang saya lalu; dengan plastiknya, dengan sampah sarapnya, guni bajanya.

“Dan di Empangan Sungai Abu Bakar itu, ‘land rover’ burukpun ada, peti sejuk, ‘washing machine’, everything inside. Ini puncanya. Kita cakap orang marah kita (tetapi) ‘the people must be aware of the need to preserve the environment. If they simply throw rubbish (anywhere) that they like, then they will create problem,” tegasnya.

Mengenai Deraf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 katanya, ia merangkumi cadangan-cadangan pembangunan juga mekanisme kawalan pembangunan untuk daerah ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia, atas kerjasama menyediakan Deraf Rancangan Tempatan ini;

SESI FOTO BERKUMPULAN... Bersesi foto berkumpulan dengan Pegawai-pegawai Majlis Daerah Cameron Highlands. 

PENDUDUK MESTI AMBIL KESEMPATAN MENYEMAK DERAF

“Dengan adanya deraf rancangan tempatan ini, maka ia membolehkan juga Kerajaan mengambil kira nanti, sebagai contoh proses pengurusan tanah… kita ambil kira apa yang ditentukan oleh rancangan tempatan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan penduduk Cameron Highlands mengambil kesempatan untuk mengemukakan cadangan balas mereka terhadap apa yang telah diutarakan dalam Deraf Rancangan Tempatan ini.

Deraf Rancangan Tempatan ini dipamer untuk semakan dan cadangan balas penduduk di sini selama kira-kira sebulan, bermula hari ini, Khamis, 3 Disember dan berakhir pada 4 Januari depan (2016).

“… yang paling pentingnya, hari ini, kita mula mendedahkan kepada orangramai, orang awam untuk membuat kritikan, membuat cadangan balas.

“Mereka boleh buat (cadangan balas). The people of Cameron Highlands must make full use of this opportunity to air their views; what they think are the more appropriate so that, if we find necessary, we can even change the draft of the local plan,” katanya.

KE SESI LAWATAN PAMERAN... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang mendengar penerangan yang diberikan oleh Datin Paduka Dr Dahlia mengenai apa yang dipamerkan. 

JANGAN NANTI, SUDAH TERHANTUK BARU TERGADAH

“Mereka boleh mengemukakan (cadangan balas). Jangan nanti esok dah siap baru (hendak merungut dan membantah)… Dah terhantuk baru tergadah, dah lepas baru kita sibuk,” katanya lagi.

Menurutnya, Deraf  Rancangan Tempatan ini telahpun mengambil kira serta mengenal pasti kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti yang terjejas oleh tanah runtuh dan banjir, serta cadangan bagi mengelak daripada berulangnya kejadian tersebut.

Kepada soalan daripada wartawan Malay Mail dari Kuala Lumpur, yang berkaitan dengan dakwaan rasuah serta apakah cara menanganinya sepertimana yang mungkin dicadangkan dalam Deraf Rancangan Temoatan ini katanya;

“… all these charges – anybody can make any charges… Even those days - one year back; many were pointing fingers at the Land Office officers and then insinuating that the Exco members and the MB, were on the take. It’s not true.

“And now, some people are accusing (personnels of) the task force (headed by the National Security Council, are) on the take!

ADDRESSING THE PC... 

THE NEED TO PROVE WILD ALLEGATIONS

“But, you must have black and white prove. You must have all the documents, you must have the prove and you can lodge report, anytime. So don’t simply allege or make accusations,” the Menteri Besar said.

On a question of what constitute ‘big time players’, to differ them with small-scale farmers whom the State Government has yesterday decided to process their application to eventually approve land of between one to two hectres for them to resume farming;

“If you work on the land let say more than five (5) acres, we consider them as big time players. Because in Cameron Highlands here, with two, three acres, I tell you, you can (already) make millions…,” he said.  

“Jadi kita sekarang ini, Kerajaan Negeri; lama dah kita fikir, bincang. Already about one year so I think the illegal farmers have learned their lesson (thus the decision by the State Government to re-issueing of Temporary Occupational License [TOL] to small-scale farmers).

“But then, we cannot take away the whole team (the taskforce led by the NSC) because, if we take the whole team away from Camerons, then the (illegal) activities will start again,” he stressed.

CAMERONS GAZETTED AS ECO-TOURISM AREA?

On a question if the State Government would consider gazetting the whole of Cameron Highlands as an eco-tourism area he said that the State Government will have to study the proposal.

“You know who brought up this matter? My good friend Rama (of an NGO named REACH with merely 60 active members) . I met him last night. We will go back and study because this has got to do with legal matters,” he added. – Khabar