Saturday 7 May 2016

Bukti kepimpinan Ketua Menteri Sarawak diterima rakyat secara total


… ekoran kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Tan Sri Adenan pada Pilihanraya Negeri (PRN).

DATO' SRI DIRAJA ADNAN... Dalam pakaian santai dengan logo dacing - BN, serta, 1Malaysia.


Alamaya, INDERA MAHKOTA 5, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem atas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pimpinannya, pada Pilihanraya Negeri (PRN) kali ini.

Kemenangan ini menurut Dato’ Sri DiRaja Adnan dalam satu kenyataan di sini, merupakan bukti tentang kepimpinannya yang diterima oleh rakyat Sarawak secara total.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau yang juga Pengerusi BN Negeri, serta, Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri; 

“Saya ucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang membuktikan kepimpinannya diterima rakyat secara total. Ia petanda baik untuk masa depan rakyat Sarawak yang lebih gemilang.

“Kemenangan ini memungkinkan kerjasama Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan bertambah kukuh (ketika) Sarawak akan diberi autonomi lebih banyak dalam sempadan Perlembagaan yang telah ditetapkan”.

Sepertimana keputusan yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) malam tadi, Sabtu, 7 Mei di Kuching, BN berjaya meraih majoriti dua-pertiga bagi PRN Sarawak ke-11 ini.

MERAIKAN KEMENANGAN BERSAMA... Kelihatan pemimpin-pemimpin utama negara - Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak; Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Zahid Hamidi; dan, Menteri Pertahanan, Dato' Sri Hishammudin Hussein menyertai Tan Sri Adenan dalam meraikan kememangan besar BN di negeri tersebut.    


BN MENANG 72 DARIPADA 82 KERUSI

BN memenangi 72 kerusi daripada keluruhan 82 kerusi negeri yang dipertandingkan. Dan ia dikatakan, melepasi sasaran asal, 70 kerusi negeri.

Saingan BN - DAP sekadar memenangi tujuh (7) kerusi dengan kehilangan lima (5) kerusi lain yang dimenanginya pada PRN ke-10 tahun 2011 lepas. PKR pula hanya berjaya menawan tiga (3) daripada 40 kerusi yang ditandinginya.

Satu lagi sauingan – PAS, masih gagal meraih sebarang kemenangan, meskipun menurunkan 11 calon pada PRN kali ini. Begitu juga AMANAH yang gagal memenangi 13 kerusi yang ditandingi.

Seramai 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri pada hari pengundian, Sabtu, 7 Mei. Dua (2) lagi kerusi sudah BN menangi tanpa bertanding pada Hari Penamaan Calon 25 April lepas. – Khabar