Thursday 5 May 2016

Pentingnya buat saringan awal!



“Tetapi yang sedih sikit, menurut hasil Audit Kesihatan 2015 menunjukkan, hanya 31 peratus sahaja pesakit mempunyai kawalan gula dalam darah yang baik. 

“Ramai pesakit mendapatkan rawatan tetapi tidak patuh kepada rawatan, ini ramai,” kata Menteri Besar.

RASMILAH SUDAH... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menyempurnakan 'gimmick' perasmian sambil yang lain memerhatikan. 

Selain Dato' Norol Azali (di belakang Dato' Sri DiRaja Adnan); yang turut kelihatan dalam foto ini ialah (dari kiri ke kanan) Dato' Abdul Rahman, Dato' Mustapha, Encik Abdullah, Dato' Sri Sharifuddin, Dato' Dr Zainal Ariffin, dan, Dato' Ahmad. 
 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, LIPIS – Selain rakyat disarankan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob saupaya  melakukan saringan awal dalam mengenal pasti seterusnya menangani dengan berkesan penyakit diabetes atau kencing manis;

Mereka juga dinasihatkan supaya mementingkan faktor kawalan gula dalam darah, dan, sentiasa pula patuh kepada kaedah rawatan yang telah disyorkan.

“… pentingnya kita buat saringan awal atau buat ‘medical check-up’ setahun sekali ke, atau enam (6) bulan sekali. Kawalan ialah kunci kepada tahap kesihatan dan proses komplikasi akibat diabetes.

“Tetapi yang sedih sikit, menurut hasil Audit Kesihatan 2015 menunjukkan, hanya 31 peratus sahaja pesakit mempunyai kawalan gula dalam darah yang baik. 

“Ramai pesakit mendapatkan rawatan tetapi tidak patuh kepada rawatan, ini ramai,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan dalam ucapan luar teks 21-minitnya semasa merasmikan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri dan Kempen ‘Koi Nak Bersih Koi Nak Sihat’ tengah hari Khamis, 5 Mei di sini.

BERSAMA-SAMA ANAK-ANAK PELAJAR KITA...


74 PERATUS PESAKIT DIABETES IALAH MELAYU

Menurutnya, sehingga Februari lepas (2016), seramai 65,924 orang pesakit diabetes telah didaftarkan dan menerima arawatan susulan di fasiliti-fasiliti kesihatan Kerajaan seluruh negeri ini.

Yang daripada jumlah ini (65,924 orang) katanya, 44 peratus ialah pesakit lelaki manakala selebihnya, 56 peratus, ialah pesakit wanita. Menurut kaum pula, Melayu merupakan jumlah terbesar dengan kira-kira 74 peratus.

Dan menurut umur, rata-rata pesakit berumur antara 60 dan 79 tahun yang kebanyakannya menurut Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi, didiagnosa menghidapi penyakit ini pada usia-usia ini juga.

“Kebanyakan mereka telah menghidap diabetes sejak beberapa lama namun lewat mendapatkan rawatan iaitu; 45 perarus pesakit ini mendapatkan rawatan setelah lima (5) hingga 10 tahun menghidap diabetes.

“Dan, lagi 25 peratus pula melewati tempoh 10 tahun sehingga sebahagian daripada mereka telah mengalami komplikasi gangguan fungsi ginjal atau buah pinggang, penglihatan dan jantung ketika mula-mula mendapatkan rawatan di fasiliti Kerajaan,” katanya.

CENDERAMATA BUAT YANG PATUHI RAWATAN... Dalam usaha Jabatan Kesihatan Negeri menggalakkan pesakit supaya patuhi rawatan, seorang daripadanya telah diberikan cenderamata oleh Dato' Sri DiRaja Adnan.
 

USAHA LATIH LEBIH RAMAI ‘DIABETES EDUCATOR’

Jabatan Kesihatan Negeri katanya, telah mempertingkatkan usaha kebolehcapaian terhadap saringan serta rawatan diabetes antaranya melalui saringan kesihatan di komuniti yang dilakukan oleh Sukarelawan Kospen (Komuniti Sihat Perkasa Negara);

Melatih lebih ramai ‘diabetes educator’ dalam kalangan anggota kesihatan; melaksanakan klinik ‘diabetes one stop cejntre’, serta, memperkenalkan program mentor-mentee dalam usaha membimbing pesakit diabetes yang sukar membuat kawalan terhadap penyakit mereka.

Antara yang turut hadir pada majlis tengah hari Khamis ini ialah Pengerusi, Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Dato’ Norol Azali Sulaiman;
Wakil rakyat Parlimen (BN – Lipis), Dato’ Abdul Rahman Mohamad; wakil rakyat negeri (BN – Padang Tengku), Dato’ Mustapha Long;

Ketua Polis Negeri, Dato’ Sri Sharifuddin Abdul Ghani; Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Ahmad Daud; Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Zainal Ariffin Omar; dan, tuanrumah - Pengarah, IPG Tengku Ampuan Afzan ini, Encik Abdullah Yusof. 

SEMASA MAJLIS BARU NAK MULA... Inilah suasana dalam Dewan pada permulaan majlis. – Khabar