Sunday 5 June 2016

Esok, puasa



MARHABAN YA RAMADHAN... 

Alamaya, INDERA MAHKOTA 5, KUANTAN – Umat Islam di negara ini akan mula berpuasa esok, Isnin, 6 Jun bersamaan 1 Ramadhan, 1437H.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato’ Sri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkannya berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari tersebut.

Ia menurutnya, ialah bagi menurut titah-perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas oleh Dato’ Sri Syed Danial itu disiarkan secara langsung menerusi media elektronik tempatan termasuk swasta, atas ehsan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada kira-kira 8.15 malam Ahad ini, 5 Jun. 

SOLAT TERAWIH PERTAMA... Inilah suasana dalam Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan ketika umat Islam sekitar bandar Kuantan ini mula menunaikan solat terawih selepas solat fardhu Isya' pada malam Ahad, 5 Jun. 

Foto ini dirakam oleh jurufoto dari sebuah akhbar arus perdana yang dijangka disiarkan dalam akhbar tersebut keluaran esok, Isnin, 6 Jun.  – Bernama/Khabar