Monday 27 March 2017

Patuhilah Rancangan Struktur Negeri (RSN) Pahang 2050

“… RSN dan lain-lain pelan, diikuti dengan akta-akta berkenaan atau di peringkat negeri enakmen berkenaan; ada peraturan-peraturan yang kalau kita patuhi, insyaAllah, (dapat menjayakan) pembangunan lestari,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.

LAWAT KE PAMERAN RSN PAHANG 2050... Selain Dato' Sri Wan Rosdy (belakang, kanan), yang turut kelihatan dalam foto ini mengiringi Dato' Sri DiRaja Adnan melawat ke pameran yang turut diadakan ialah Dato' Zainuddin (belakang, kiri). 

Dokumen RSN Pahang 2050 ini akan dipamerkan di 14 lokasi - Lobi, Wisma Sri Pahang, UTC Pahang, dan, Kompleks Tun Razak - ketiga-tiganya di Kuantan; serta 11 yang lain di Pejabat Daerah dan Tanah-Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh negeri ini. Pameran untuk turut mendengar maklum-balas rakyat ialah selama sebulan bermula hari ini, Isnin, 27 Mac sehingga 25 April. 
   

HOTEL M.S.GARDEN, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan meminta semua pihak – jabatan dan agensi Kerajaan serta rakyat, supaya akur dan patuh kepada apa yang disarankan dalam Rancangan Struktur Negeri (RSN) Pahang 2050.

Matlamat RSN Pahang 2050 dirangka menurutnya, ialah untuk memastikan pembangunan di negeri ini dilakukan secara teratur, sambil memastikan alam sekitar negeri terus terpelihara.

“Yang penting ialah untuk semua -- jabatan dan agensi (Kerajaan) serta rakyat; mematuhi rancangan struktur ini supaya semua rancangan pembangunan adalah ‘compatible’ ataupun sesuai dengan rancangan yang telah diatur,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.

“Maka, cara kita menangani pertambahan penduduk, kemudian itu buka pertempatan baharu dapat kita selaraskan.

“Dan, apabila kita selaraskan maknanya – bekalan air, pelupusan sampah, pembinaan jalanraya, infrastruktur, kemudahana yang lain itu; dapat kita selarikan sesuai dengan keperluan pada masa itu,” katanya lagi.

MENYEMPURNAKAN GIMIK PERASMIAN... Selain Dato' Sri Wan Rosdy, yang turut kelihatan ialah Dato' Sri Muhammad Safian sambil Dato' Hazizah membantu.  

 
APABILA TIDAK IKUT PERATURAN

Beliau berkata demikian pada persidangan media sempena Majlis Perasmian Laporan Publisiti Tinjauan Rancangan Struktur Negeri (RSN) Pahang 2050 dan Seminar Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar yang disempurnakannya pagi Isnin, 27 Mac di sini.

“RSN dan lain-lain pelan, diikuti dengan akta-akta berkenaan atau di peringkat negeri enakmen berkenaan; ada peraturan-peraturan yang kalau kita patuhi, insyaAllah, (dapat menjayakan) pembangunan lestari.  

“Masalah timbul sekarang ini ialah apabila orang tidak mengikut peraturan. Tanam sayur campak plastic dalam sungai, campak baja dalam sungai ha itu yang tak betul,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi.

Dalam RSN juga menurutnya, turut menyentuh mengenai sumber galian yang termasuklah bauksit, yang perlu dilakukan dengan menurut peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam usaha untuk mengeksploitnya.

Beliau memberi contoh sebuah kilang simen yang beroperasi di tengah-tengah sebuah bandar di Jerman, yang menjalankan urusan hariannya dengan menurut peraturan yang ditetapkan maka tidak mencemarkan alam sekitar.

MENYEMAK KANDUNGAN RSN...

 
KILANG SIMEN TENGAH BANDAR DI JERMAN

“Bukan ke saya sebut tadi di Jerman,” katanya merujuk kepada antara apa yang disebut dalam ucapan perasmian luar teks 17-minitnya sebbelum itu, “… saya terkejut, di tengah-tengah bandar ada kilang simen (dan penduduk) tak nampak (atau sedarpun tentang kewujudan) kilang simen tu.

“Bukan ke pelik tu? Di tengah bandar tapi orang tak komplen (tentang pencemaran oleh kilang berkenaan). ‘Cement factrory’ itu ada di tengah bandar. Cuba bayangkan,” katanya lagi.

Mengenai rancangan pembinaan East Coast Railway Link (ECRL) yang turut disebut dalam RSN katanya,  tujuh (7) stesen hentian ECRL dalam negeri ini akan membuka ruang kepada kawasan-kawasan pertumbuhan baharu di kawasan berhampiran stesen-stesen hentian berkenaan.

“Sekurang-kurangnya ‘at these stops – we will have seven stops; we can identify suitable areas to be developed as new growth centres.

“Bukan setakat mengambil ‘passengers’ sahaja tapi kita buat ‘growth centre’ baharu yang secara tak langsung, keretapi laju itu (ECRL) menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat negeri Pahang ini,” katanya lagi.

PARA HADIRIN SEKELIAN... Yang dalam kalangan ketua-ketua jabatan dan agensi termasuk Pegawai Daerah.

 
TO EXTEND FURTHER OR TO END?

Pada persidangan media sama, Dato’ Sri DiRaja Adnan turut ditanya mengenai tempoh moratorium terhadap bauksit terkini yang tarikh akhirnya ialah pada 31 Mac; sama ada tempoh itu akan dilanjutkan lagi selepas ini.

“If they (bauxite operators) conform to the good practice – tak ada ‘pollution’ ke apa, ‘probably the minister (the Cabinet) will consider (to end the moratorium). Kita (Kerajaan Negeri) ikut sahaja – kalau sambung, sambung. Buka, buka…,” katanya.

Selain Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; yang turut hadir pada majlis pagi Isnin ini ialah Pengerusi, Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail;

Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri dan wakil rakyat-wakil rakyat negeri; Timbalan Ketua Pengarah, PlanMalaysia (dulunya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa), Dato’ Zainuddin Mohd; dan, Pengarah, PlanMalaysia@Pahang, Dato’ Hazizah Sulaiman.

MENEMUI MEDIA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang memberikan persidangan media sempena majlis pagi Isnin ini. – Khabar