Thursday 10 May 2018

Bersyukur kepada Allah, berterima kasih kepada pengundi, ucap Dato’ Sri DiRaja Adnan

… ekoran Pahang terus kekal di bawah BN dengan kemenangan 25 kerusi daripada 42 kerusi DUN pada PRU-14 ini

PADA PERSIDANGAN MEDIA PERTAMA PASCA PRU-14... 


RUMAH REHAT, BENTONG – Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mengucapkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pengundi setelah Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan majoriti mudah 25 kerusi daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Ini sepertimana keputusan akhir yang diperolehi pada awal pagi Khamis, 10 Mei sempena Pilihanraya Umum (PRU)-14 yang Hari Mengundinya semalam, Rabu, 9 Mei setelah menjalani kempen 11-hari bermula Sabtu, 28 April.  

“Saya bagi pihak UMNO Negeri dan Barisan Nasional Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengundi-pengundi yang telah memilih Barisan Nasional Negeri Pahang;

“Sehingga membolehkan kita mendapat majoriti mudah iaitu 25 kerusi – untuk dua pertiga kita perlukan 28. Penggal lepas kita dapat 30 kerusi, kali ini, 25 kerusi; kita bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pengundi,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Pengerusi, BN Negeri berkata demikian pada persidangan media pertama pasca PRU-14 pada tengah hari Khamis, 10 Mei di kediaman peribadinya dekat sini.

SEPERTI SIARAN DALAM SEGMEN BERITA TV AL-HIJRAH... 


PELANTIKAN MB DAN EXCONYA

Mengenai pelantikan Menteri Besar katanya, ia akan ditentu dan diperkenankan oleh pihak Istana – KDYMM Sultan Pahang dan KDYMM Pemangku Raja Pahang yang menurutnya; “Terpulanglah kepada pihak Istana untuk memilih calon yang difikirkan sesuai untuk menjadi Menteri Besar”.

Pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pula katanya, akan merupakan langkah susulan setelah KDYMM Sultan Pahang dan KDYMM Pemangku Raja Pahang membuat keputusan mengenai pelantikan Menteri Besar terlebih dahulu.

Beliau juga berkata, kedua-dua UMNO Negeri dan BN Negeri yang diketuainya, akan berbincang dan melakukan ‘post mortem’ bagi mengenal pasti perkara-perkara yang harus dilakukan, yang kemudian diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakannya.

“Kita akan duduk berbincang dan buat sedikit ‘post-mortem’ dan akan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri apakah yang patut dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk kita terus menerima mandat rakyat daripada PRU-14 ini, bahkan juga PRU-PRU akan datang,” katanya.

Menurutnya, aspek-aspek kehidupan rakyat akan terus ditekan dan dipertingkatkan lagi oleh Kerajaan Negeri kelak iaitu dalam soal-soal berkaitan kebajikan, pendidikan, perumahan dan ekonomi termasuk usaha bagi menambahkan lagi hasil negeri.

TANDA KENANG-KENANGAN... Dato' Sri DiRaja Adnan sudi menyertai sesi berfoto kumpulan bersama-sama media-media yang membuat liputan sepanjang 11-hari tempoh berkempennya. 


MTNP ANTARA YANG TERULUNG

Daripada aspek kebajikan katanya, ia ekoran siri kempen pilihanraya dengan jelajahan ke rumah-rumah di luar bandar mendapati, ramai lagi penduduk yang terlantar sakit, ibu tunggal yang miskin, serta yang tinggal di rumah yang sangat daif yang termasuklah dalam kalangan masyarakat India dan Orang Asli.

Kerajaan Negeri juga kelak katanya, akan meneruskan penekanan pada aspek pendidikan yang setakat ini, Yayasan Pahang (YP) telah menjalankan peranannya dengan berkesan termasuklah dalam menjadikan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) antara terulung dalam bidang akademik, dan bidang menghafaz al-Quran.

“… sudah pastilah (juga) mengenai perumahan. Dan perumahan ini yang menjadi masalahnya ialah untuk mendapatkan ‘end-financing’ bagi pemohon-pemohon untuk mendapatkan pinjaman bank, untuk membayar pinjaman bank mereka.

“Saya percaya, Kerajaan Persekutuan akan dapat membantu kita dalam hal ini,” katanya.

Dalam aspek ekonomi katanya, perbincangan akan dilakukan dengan pakar-pakar tertentu ke arah merumuskan langkah-langkah yang patut Kerajaan Negeri lakukan termasuk dalam meningkatkan punca pendapatan dan hasil negeri.

KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN TENTUKAN TENTANG PROJEK BESAR DI PAHANG  

“(Ia) supaya lebih banyak lagi dapat kita pulangkan kembali kepada rakyat khususnya mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Kepada soalan wartawan BERNAMA tentang nasib projek-projek besar Kerajaan Persekutuan di Pahang yang menerima kritikan keras sebelum ini seperti projek berpinjaman RM55,000 juta East Coast Rail Link (ECRL) katanya;

“Ini kita akan terus memberikan kerjasama jika diperlukan. Apapun, terpulanglah kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan”.  

Beliau juga ditanya oleh wartawan New Straits Times (NST) tentang prestasi keseluruhan calon-calon BN Negeri pada PRU-14 yang menurutnya; “Considering the so-called tsunami, and the so-called pressure that we were in, I think we did quite well.

“If we look at other States (previously controlled by BN), they even lost their states, but not us. Although we lost the two-thirds majority, yet we still control by a simple majority –

‘SIMPLE BUT STILL BIG’

“Though simple (but) is still big – 25 against 17. It’s not 25 against 23, (nor) 25 against 20 (but) 25 against 17. This, I think is a big, simple majority. So, that in a way, contribute to a more stable government by having just small, simple majority,” he concluded.

As for the dismal performances of MCA and MIC – the two component parties of BN he said, they were already expected and that he had intimated to MCA’s President, Dato’ Sri Liow Tiong Lai a few times before about the slim chances of the party’s candidates to win.

“Because, in terms of the General Election, the choice of candidates got to be very precised. Well, we received all reports from all groups about the choice of candidates but in the end, sometimes, sentiment overrides objectivity.

“As a result, some candidates whom we knew pretty well that they will not going to stand any bit of a chance to win, and yet we still fielded them (that consequently ended up losing). That’s the main problem.

“As the Barisan Nasional chairman, and the UMNO Chairman, I am partly to be blamed also. We were not 100 percent objective in selecting candidates. But we accept the verdict of the people. The people have spoken out, we have no choice but to accept the verdict,” he said.

SANGAT SEDIH

Beliau juga berkata yang beliau sangat sedih dengan kekalahan calon-calon BN dari UMNO terutamanya di kerusi DUN-DUN Jengka, Panching, Luit, Chenur, dan, Tahan yang kesemuanya atas sebab-sebab tertentu.

Bagi Panching dan Jengka katanya, beliau telah awal-awal lagi memberitahu wakil rakyat-wakil rakyat berkenaan yang dipilih semula sebagai calon bahawa kawasan-kawasan itu bermasalah.  

“Bukan kerana mereka tidak berkhidmat. Sebagai contoh, Dato’ Zaili Besar di Panching telah berkhidmat sangat baik tetapi (kekalahannya) disebabkan sokongan, disebabkan oleh komposisi pengundi di situ.

“Dan begitu juga di Tahan. Tahan ini sebenarnya dari dahulu lagi memang calon Barisan Nasional menangpun 100, 2 (200 undi) sahaja. Hanya Dato’ Sri Wan Amizan pada penggal yang lepas, dia menang 800 lebih. Tapi kali ini dia kalah 400 lebih.

“Memang kita jangkalah. Hanya kita berasa dukacita, Chenur dan Luit yang patut kita boleh menang tapi kalah, itu sahaja,” katanya lagi. – Khabar