Sunday 6 May 2018

Dan kempen serta ceramah BN diteruskan, dapat sambutan.

… malam ini, Dato’ Sri DiRaja Adnan bersama-sama calon BN Parlimen Bentong, Dato’ Sri Liow dan calon BN DUN Sabai, Dato’ Goona hadir pada majlis di Rancangan Tanah Felda Sertik.

UCAPAN DATO' SRI DIRAJA ADNAN, PENYANDANG YANG JUGA CALON BAGI DUN PELANGAI... Selain Dato' Sri Liow dan Dato' Goona; yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Dato' Sri Zaini (dua dari kanan, separuh terlindung tiang) dan Encik Ahmad Nilhakim (kanan sekali). 


RANCANGAN TANAH FELDA SERTIK, BENTONG – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob malam ini menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk bersama-sama calon-calon Barisan Nasional (BN) – Parlimen Bentong, Dato’ Sri Liow Tiong Lai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabai, Dato’ R.Goonasekaran di sini.

Antara yang turut hadir pada majlis yang bermula kira-kira 9.30 malam ini ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bentong, Dato’ Sri Zaini Salleh, dan, Ketua UMNO Bahagian Bentong, Encik Ahmad Nilhakim Abdul Rahim.  

Selain sesi ucapan, ketiga-tiganya turut beramah mesra dengan hadirin yang dalam kalangan peneroka rancangan tanah ini serta penduduk kampung tradisional di persekitaran.

Ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kempen pilihanraya BN – selain daripada ziarah rumah ke rumah; pada Pilihanraya Umum (PRU)-14 yang tinggal dua (2) hari lagi menjelang Hari Mengundi pada Rabu, 9 Mei.

Hasil tinjuan penulis setakat ini mendapati, sambutan rakyat terhadap aktiviti-aktiviti kempen BN adalah menggalakkan, yang secara tidak langsung membayangkan kemenangannya pada PRU-14 ini.

SAMBUTAN PENDUDUK/RAKYAT YANG TERUS MENGGALAKKAN PADA MAJLIS ANJURAN BN... 


BN NEGERI DIJANGKA RAIH KEMENANGAN – DUN DAN PARLIMEN

Dan kemenangan ini dijangka diraih bukan setakat peringkat DUN yang BN tandingi di kesemua 42 kerusi, juga di peringkat Parlimen (14 kerusi semuanya) dengan calon BN dijangka dapat membuat kejutan, merampas kembali kerusi-kerusi yang tewas pada PRU-13 lepas.

Apa-apapun, undi itu rahsia. Maka, kempen BN tetap diteruskan sehingga menjelang 12 tengah malam Selasa, 8 Mei, seterusnya menanti keputusan sebenar yang bakal diumumkan pada malam Hari Mengundi, Rabu, 9 Mei. 


MAJLIS RAMAH MESRA DENGAN PEKEBUN-PEKEBUN CAMERON HIGHLANDS... Ini pula semasa Dato' Sri DiRaja Adnan hadir pada Program 'Engagement' Pekebun-pekebun Daerah Cameron Highlands petang Jumaat, 4 Mei di Dewan Serbaguna Tringkap, DUn Tanah Rata. 

Selain Dato' Sri Wan Rosdy Ismail, calon BN DUN Jelai (duduk, tiga dari kanan) ialah juga  
calon BN Parlimen Cameron Highlands, Dato' C.Sivarraajh (duduk barisan depan, empat dari kanan).  


SAMPAI PENUH DEWAN, MELIMPAH KE LUARNYA... Dikhabarkan, kira-kira 2,000 pekebun sayur dan bunga Cameron Highlands hadir pada program 'engagement' (perhubungan) petang Jumaat ini. – Khabar